Excited pegi kelas..yeaahhh ade cegu baru~

Tuesday, March 1, 2011

ehem..ehem...ehem.....ehem...uhoookkkkuhooookkkuhooookkk... ok juju berlakon je~

bangun awal pg ni,..semangat nak g kelas sbb hari ni ade 4 orang guru baru. urmmm excited punye pasal, turun je dari katil terus buka almari dan pilih-pilih baju, hari ni hari hijau sedunia.

poyo punye budak...

dan lg poyos juju ni....hikhikhik


juju suke......


Hari ni pkai shawl anting2, urmmm mcm laen mcm skit, dua mcm skit, tiga mcm skit, dan bermcm2 lg la, actually nk ckp lawa ckit je ari ni...

ok fine juju tipu xlawa pon....!

lalalalalalalalalala......berjln dengan nada lagu2 riang menuju Makmal Mikro Teaching 2, bajet dah lambat..tengok2 En. Jamil pon dah ade tp belum mula sesi pengajaran lagi...so kire tak lambat lah lagi kn..hehehe

8.30pg - 9.30pg -----> Kelas Cikgu Helmy

Hussin : bangun semua...
kami smua : (pun bangun)
Hussin : Assalamualaikum ciiiii....kkkk....guuuuu...
kami smua : Assalamualaikum ci...kkkk.......guuuuuuuu (serentak)
Cikgu : waalaikummussalam,..Selamat pg smua, awk boleh duduk...

wah,..mmng excited gile mcm pelajar sekolah dulu2 2....klu bagi salam je msti ada ekor..meleret2...hehehehe

kelas berjalan seperti biasa, Cikgu Helmy ajar Tajuk Keelektromagnetan.

Juju, Zul n Sai sebagai penilai, ok ju xsuke tugas ni.....dam

Selapas sejam kelas pon tamat, dan kami pon dengan gediknya tangkap2 gegambar di depan fakulti...



ok ni hasil conteng2 dalam kelas....yg bahagian ats 2 note tau....

dan lg.....

cikgu helmy,..xsempat tngkp pic cegu~hukhukhuk


ni sape?cube teka... yg tengah 2 mcm kenal la..artis tirah tirana...hikhikhik


budak poyos lg......
dan lg dan lg...dan lg...nape ayat ni asyik berulang2.....

p/s: bgus juga ade kls Mikro Teaching ni...leh la bergaya sakan...hikhikhik tp tugasan jgn lupe wat tau...

p/s/s: Mr. Engin ckp kelas bermakeup....

~Hubungan Etnik dan Pengurusan Koko punya cerita~

Monday, February 28, 2011

Assalamualaikum W.t.w....ala2 gaya formal

Sile jawab ye smua, tak jwb dosa..kalau jawab sayang, hihihi =) <----(curi ayat Maria Elena http://peliks.blogspot.com/)

Punya gigih nak update blog smlm tgk2 bateri camera abesla pula. Terpaksa batalkan niat 2 dan bersambung hari ni.

Kelas hari ni pukul 8 pg, urmmm mengantuk punya pasal tp fokus tetap kat muka DR.Roslina yg comel 2.


Kisah di dalam Kls,

DR. Lina : Ok kls sekarang dah minggu ke-8, sile hantar tugasan berkumpulan pada minggu ke-10 dan minggu ke-10,11 dan 12 akan diadakan pembentangan hasil dapatan tugasan masing-masing.
Juju: gluuuppppppp....ayakkk mcm nk pengsan (dalam hati)
DR. Lina lg : Selepas itu, kita ada lg baki 2minggu untuk wat ulangkaji sebab exam nk dekat dah kn.

Juju lg : Pengsan serta merta...(hanya rekaan imaginasi je)
Sebenarnya hati dah berdebar2 nk melalui minggu genting ni. Banyak tugasan yg memerlukan perhatian. Dengan subjek Pengurusan Koko yg entah kali keberapa En. Imran reject paperwork. Dan pg tadi dapat satu berita Gumbira. Lalalalalalalalalalalalala~
SMS from EN.Imran : Kertas kerja dah ok..

Dengan laju terus melangkah HEP bersama dua serangkai Dina n Aniz.....
Ok malas nk cite panjang lebar, program ni sepenuhnya anjuran kumpulan kami. sile la tengak tempat yg telah kami pilih.














Tempat ni dekat je kat Yong Peng...mcm tak sabar je nk terjun dalam tasik....

kepada pelajar2 SMV Batu Pahat, nantikan kakak2 dan abang2 comey....yeeaaahhhhh~
bye........
p/s: program 25,26 dan 27 Mac 2011.

~Ini kisah di KLCC yg nk hujan tp tak hujan2, akan ingat sampai bila-bila~

Saturday, February 26, 2011

ehem...ehem...

Blog juju sunyi sepi, tp kwn-kwn kls gigih wat blog, itu smua gara-gara En.Gas yg mencabar kwn-kwn utk mula berblogging, urmmm lps 2 URL kena bg kat die, wah!!how came, nmpaknya juju kena wat blog barulah yg lebih ilmiah,.. blog yg ni tak ilmiah ke???? teeetttttttttttt!!!!!!!!!

Sebenarnya nk story tentang jln-jln sepetang di KLCC, tak perlu tanya bila tarikh, masa dan dengan siapa. Yg penting sebenarnya gegambar yg juju tangkap kat sana. Biarlah pon juju pakai kamera compact, tapi hati ni mmng suka snap-snap sana sani. Sapa sj leh jd mangsa dan model juju, lg2 model yg sporting. heheheh~ (bile nk dpt DSLR ni) <---- to sugardady juju sile la take note psl ni...hakhakhak
Mari kita lihat hasil gegambar di KLCC,..selepas melalui editing dan touchup2 skit.. Sepetang di KLCC yg nk hujan tp tak hujan2....~


HDR----> mcm lukisan pic ni..ske2


Gambar awan yg cantik sgt....


Terbaek!!! <----puji diri sndiri nmpknya!!!


Dan lg...lg...dan bila lg...haha



Ok ni sj-sj wat mcm ni....




Ni pon sama...


haa..kn da ada yg sudi jd model...ke ni model di hati...teeetttttttt~


ok model sy ni malu2......haiiyaaaahhhh



ok dah abes......babai~



~hahaha~ sile gelak kn muke tanpa makeup~sile lempang laju2, silela, silela.....

p/s: bestnya dating kat KLCC,...shopping pon best jg!~

PSM oh PSM

Monday, January 24, 2011

ai..ai...

Urmmmmmm tarik nafas panjang-panjang dulu...fuh!!!! akhirnya penantian selama hampir 4 minggu membuah hasil. Thanks to all yang tidak putus-putus memberi kata semangat, expecially to someone yang sangat bermakna dalam hati ni..

ALHAMDULLILAH, AKHIRNYA TAJUK PSM JUJU LULUS JUGA...... MEH SINI SMUA JUJU NK TIOM-TIOM MEH...UMMMAAAHHH, UMMMMAAAHHH....NK PELUK2 MEH...~

MODE: HAPPY KUASA KUDA~



P/S: baru balik dr kls En. GHazzally, xsangka pendekatan pengajaran yang en. wat ari ni sejibik gile dengan tajuk psm juju...TERUJA KEJAP...!~THANKS TO EN. GHAZZALY JG, KLS ARI NI 3JAM XNGNTUK LANGSUNG.....YEAAAHHHH~

Ni pic dak juju yang poyos......

MISI

Wednesday, January 12, 2011


MISI UTK HARI RABU...

dah masuk hari khamis dah pon, alhamdulillah dapat selesaikan apa yang dirancang. Kalau boleh tidak mahu kerja bertangguh. Sem ni bakal sibuk bagai cipan tonggek, kepada org kesayangan jgnlah berfikir bukan2 ye. Juju tetap ada di bumi Johor ni demi satu tanggungjawab bergelar mahasiswi.

selingan..................

pg td kelas Pengurusan Koko, Group juju dapat tugasan Kumpulan untuk Unit Beruniform. Sebenarnya dari last week lagi, tp minggu ni baru juju dapat berjumpa dengan ahli group juju. Ape2 pun nantikan program kami.........




da abes.......

PHOTO TALK

Monday, January 10, 2011

salam to all...
ehem,...ehem,...ehem....

Sakit tekat vs batuk2 la pula. Sebenarnya kegedikan melanda disebabkan baru sahaja memulakan kuliah sejak seminggu yang lalu. Mulalah pening2 kepala, tidak sihat badan, rindu pada keluarga, urmmm kesimpulannya secara ringkas juju sedang 'homesick'.

Genap seminggu menjalani kuliah di bumi Johor, tidak dapat menarik nafas lega kerana telah dibanjiri dengan tugasan-tugasan, projek-projek dan yang paling penting bakal bergelar pelajar projek sarjana muda 1. Jadi nafas tersekat-sekat bila memikirkan hampir ke semua subjek memerlukan projek, ini yang membuatkan kepalaku pusing deh!!! lagi satu tajuk PSM tidak approve2 . Juju pun tidak tau apa yang PM DR. Wan Norazlinda nak. Please DR. approvela tajuk juju ni. Dah research dah macam yang prof suruh. pleaseeeeeeeeeeeeeeeee...!!!!!!

Berbalik kepada 'PHOTO TALK', sebenarnya merupakan tugasan pertama subjek Perkembangan PTV. Tidak sangka lecturer akan bagi tajuk tugasan macam ni. dah rupa pelajar multimediala pula. hehehe tp juju suke tangkap2 gambar ni. tp bab nak analisis memang punyala payah.

Dan ni la hasilnya karangan tidak rasmi juju, buat ayat sendiri saja. Kalalu cikgu Bm baca kompem dapat C. Aduh, kenapala makin dewasa ni makin tidak dapat menghasilkan karangan yang berkualiti. Kepada En. Ghazzally spahat, ni yang termampu juju buat. hehehehehe...

PHOTO TALK


Negara kita pada zaman ini telah dibarahi dengan ledakan kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat. Sebagai rakyat dan seorang yang bergelar mahasiswa yang penuh dengan rasa tanggungjawab mestilah hidup seiring dengan kemajuan teknologi ini. Akan tetapi, jika dilihat pada persekitaran terutamanya di kawasan pengajian masih terdapat perkara-perkara yang tidak melambangkan kemajuan sains,teknologi dan melambangkan tempat perkongsian ilmu.

Masyarakat perlu berganding bahu merealisasikan harapan negara untuk melihat anak watannya menjadi tunggak kemajuan negara serta dapat menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. Dengan ini, perkara-perkara yang dilihat tidak melambangkan kemajuan sains dan teknologi mahupun tempat perkongsian ilmu perlu dihapuskan. Ini kerana masyarakat khususnya mahasiswa adalah golongan yang dilihat sangat mempengaruhi golong masyarakat yang lain. Contoh yang paling dekat ialah penggunaan bonggol <-----(boleh ke perkataan ni..hahaha) yang terdapat di sepanjang perjalanan masuk ke tempat pengajian hanya mampu melabelkan tempat pengajian itu sebagai tidak berfungsi. Selain itu, terdapat 1001 arahan-arahan yang terdapat di tempat pengajian yang perlu diikuti oleh mahasiswa iaitu mereka yang berpendidikan juga dianggap tidak relevan.

Sehubungan dengan itu, pawana globalisasi yang kencang di alaf ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya golongan mahasiswa. Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau perguruan tinggi. Sepanjang sejarah, mahasiswa di berbagai tempat di dunia mempunyai peranan yang penting dalam sejarah suatu negara. Oleh yang demikian, perkara-perkara yang dianggap remeh berupa arahan tersebut tidak mencerminkan status sebagai golongan yang berpendidikan tinggi khususnya.

Sejauh mana perkara-perkara berupa arahan-arahan contohnya seperti gambar diatas dapat mempengaruhi sistem pendidikan dan sosial masyarakat di negara ini. Dari segi sistem pendidikan, jika kita lihat sejarahnya ianya diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Akan tetapi, jika kita lihat pada dasarnya perkara-perkara tersebut menunjukan betapa lemahnya pengaruh pendidikan kerana masih disogokan dengan perkara-perkara dan arahan-arahan yang remeh.

Impak yang paling ketara iaitu sejauh mana perkara-perkara remeh ini mempengaruhi sosial masyarakat dapat dilihat, masyarakat di pengajian tinggi khususnya golongan ini tidak memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Ini kerana mereka menggunakan arahan-arahan dan bukannya berinteraksi antara satu dengan yang lain. Golongan ini perlu memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi dan disini dapat dilihat pergaulan dan percampuran masyarakat tersebut seterusnya dapat menghapuskan budaya arahan-arahan yang tidak mencerminkan golongan berpendidikan tinggi.

Konklusinya, sebagai seorang mahasiswa atau seorang yang bergelar golongan berpendidikan tinggi, jangan melihat kebaikan dan keburukan. Namun, lihatla dari aspek keintelektualan dan perkara tersebut perlu penilaian ke semua pihak supaya kita golongan berpendidikan tinggi mempunyai sebuah tempat pengajian yang berfungsi.

ok bye....

KELAS HARI INI.....

Wednesday, January 5, 2011


Salam to all..

Hari ni hari kedua kuliah, takla penat mcm semalam, tp penat menunggu lecturer. Tapi kami semua leh tercongok dpn fakulti tunggu jg lect abes meeting. Kalau ikut ISO mungkin boleh balik dan landing atas katil sudah. Biasala, bila dah bergelar senior masing2 pon dah matang, sudah tidak ingat katil di kolej, sudah tidak ingat fb (tipula ni), padahal dalam kls sibuk fikir nk update status ape..hekhekhek <------gelak paling jahat.


tadi kelas Microteaching iaitu dalam bahasa malayunya pengajaran mikro. Actually juju pon belum tau ape itu mikroteaching secara mendalamnya. Cuma apa yg diingat tentang kls td hanyala kelaparan tahap cipan, then cite pasal panadol dan juga bola bentuk bulat. Semua 2 ada kaitan dengan mikroteaching.


apa yang penting nak bagitau, kwn2 sila sediakan satu topik untuk kite presentkn lagi 2minggu, dan tidak lupa jg sediakan set induksi. urmmmmm mn nk cr ni...ade sape2 ade idea x...???


Tujuan utama update blog hari ni sbnrnya nk tnjukan betape juju berpakaian formal gle...mcm xsangka je. Kwn2 satu kls yg tak pernah makeup smua nmpak lawa2..












p/s: gmbr msti banyak..dah edit kn rugi klu xup smua..sowi la pic biase2 je..guna webcam camere je..kamera xbw dtg cni..nangis 24jam...
p/s: sila abaikan mate yg mcm panda 2...!!!!!!!!!