salam to all...
ehem,...ehem,...ehem....
Sakit tekat vs batuk2 la pula. Sebenarnya kegedikan melanda disebabkan baru sahaja memulakan kuliah sejak seminggu yang lalu. Mulalah pening2 kepala, tidak sihat badan, rindu pada keluarga, urmmm kesimpulannya secara ringkas juju sedang 'homesick'.
Genap seminggu menjalani kuliah di bumi Johor, tidak dapat menarik nafas lega kerana telah dibanjiri dengan tugasan-tugasan, projek-projek dan yang paling penting bakal bergelar pelajar projek sarjana muda 1. Jadi nafas tersekat-sekat bila memikirkan hampir ke semua subjek memerlukan projek, ini yang membuatkan kepalaku pusing deh!!! lagi satu tajuk PSM tidak approve2 . Juju pun tidak tau apa yang PM DR. Wan Norazlinda nak. Please DR. approvela tajuk juju ni. Dah research dah macam yang prof suruh. pleaseeeeeeeeeeeeeeeee...!!!!!!
Berbalik kepada 'PHOTO TALK', sebenarnya merupakan tugasan pertama subjek Perkembangan PTV. Tidak sangka lecturer akan bagi tajuk tugasan macam ni. dah rupa pelajar multimediala pula. hehehe tp juju suke tangkap2 gambar ni. tp bab nak analisis memang punyala payah.
Dan ni la hasilnya karangan tidak rasmi juju, buat ayat sendiri saja. Kalalu cikgu Bm baca kompem dapat C. Aduh, kenapala makin dewasa ni makin tidak dapat menghasilkan karangan yang berkualiti. Kepada En. Ghazzally spahat, ni yang termampu juju buat. hehehehehe...
PHOTO TALK
Negara kita pada zaman ini telah dibarahi dengan ledakan kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat. Sebagai rakyat dan seorang yang bergelar mahasiswa yang penuh dengan rasa tanggungjawab mestilah hidup seiring dengan kemajuan teknologi ini. Akan tetapi, jika dilihat pada persekitaran terutamanya di kawasan pengajian masih terdapat perkara-perkara yang tidak melambangkan kemajuan sains,teknologi dan melambangkan tempat perkongsian ilmu.
Masyarakat perlu berganding bahu merealisasikan harapan negara untuk melihat anak watannya menjadi tunggak kemajuan negara serta dapat menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. Dengan ini, perkara-perkara yang dilihat tidak melambangkan kemajuan sains dan teknologi mahupun tempat perkongsian ilmu perlu dihapuskan. Ini kerana masyarakat khususnya mahasiswa adalah golongan yang dilihat sangat mempengaruhi golong masyarakat yang lain. Contoh yang paling dekat ialah penggunaan bonggol <-----(boleh ke perkataan ni..hahaha) yang terdapat di sepanjang perjalanan masuk ke tempat pengajian hanya mampu melabelkan tempat pengajian itu sebagai tidak berfungsi. Selain itu, terdapat 1001 arahan-arahan yang terdapat di tempat pengajian yang perlu diikuti oleh mahasiswa iaitu mereka yang berpendidikan juga dianggap tidak relevan.
Sehubungan dengan itu, pawana globalisasi yang kencang di alaf ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya golongan mahasiswa. Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau perguruan tinggi. Sepanjang sejarah, mahasiswa di berbagai tempat di dunia mempunyai peranan yang penting dalam sejarah suatu negara. Oleh yang demikian, perkara-perkara yang dianggap remeh berupa arahan tersebut tidak mencerminkan status sebagai golongan yang berpendidikan tinggi khususnya.
Sejauh mana perkara-perkara berupa arahan-arahan contohnya seperti gambar diatas dapat mempengaruhi sistem pendidikan dan sosial masyarakat di negara ini. Dari segi sistem pendidikan, jika kita lihat sejarahnya ianya diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Akan tetapi, jika kita lihat pada dasarnya perkara-perkara tersebut menunjukan betapa lemahnya pengaruh pendidikan kerana masih disogokan dengan perkara-perkara dan arahan-arahan yang remeh.
Impak yang paling ketara iaitu sejauh mana perkara-perkara remeh ini mempengaruhi sosial masyarakat dapat dilihat, masyarakat di pengajian tinggi khususnya golongan ini tidak memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Ini kerana mereka menggunakan arahan-arahan dan bukannya berinteraksi antara satu dengan yang lain. Golongan ini perlu memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi dan disini dapat dilihat pergaulan dan percampuran masyarakat tersebut seterusnya dapat menghapuskan budaya arahan-arahan yang tidak mencerminkan golongan berpendidikan tinggi.
Konklusinya, sebagai seorang mahasiswa atau seorang yang bergelar golongan berpendidikan tinggi, jangan melihat kebaikan dan keburukan. Namun, lihatla dari aspek keintelektualan dan perkara tersebut perlu penilaian ke semua pihak supaya kita golongan berpendidikan tinggi mempunyai sebuah tempat pengajian yang berfungsi.
ok bye....
0 comments:
Post a Comment