monolog dihati #1

Wednesday, May 11, 2011

Saat ini, aku seakan mahu melangkah jauh meninggalkan semua yang ku punya di bumi Johor ini, mahu pergi jauh dari segala tanggungjawab, bebanan tugas dan peperiksaan akhir yang betul-betul memamah diri ini. Hati ini seakan kecewa, merajuk dan sepi, tidak tahu ke mana halatuju tapi aku tetap mahu melangkah jauh dah jauh, seakan mahu melangkah di suatu padang yang terbentang luas tiada penghujungnya, menikmati segala ciptaan Allah S.W.T biarpun diri ini tetap sendiri.


Dalam khayalku, aku melangkah terus melangkah tanpa arah tuju. Yang ada hanyalah monolog dihati, dan setiap kali kata2 dihati terbit seakan menikam-nikam hati ini, betapa luluhnya hati ini, sayu..........sayu....


Aku melangkah lagi, aku seakan meratapi kehidupan yang ku punya, ku cari2 kebahagian disana sini, dikiri dan kanan, tapi yang ada cuma kekecewaan yang kutemui. urmmmmmm, dan setiap kali kekecewaan itu menjadi tajuk utama bicara dihati, ada air jernih yang mengalir..................................................


Yang ku harap, bila aku terus melangkah, ku pasti dipenghujungnya aku boleh memberi rasa sepi hati ini, paling tidak aku dapat berbagi rasa hati ini...