RE @silent reader : apa yg membuatkan awk nk mnjadi seorg cikgu?

Wednesday, March 16, 2011


Assalamualaikum, EHEM..EHEM..cuak+berdebar bila kena post pernyataan hasrat mcm ni, ni karangan tak rasmi yg Juju wat utk lect time sem 1 dulo2 dan menjawab pertanyaan seorg rakan maya : Silent Reader


Demi merealisasikan harapan negara untuk melihat anak watannya menjadi tunggak kemajuan negara maka dengan ini saya mempunyai satu falsafah diri untuk sama-sama berjuang menjadi seorang yang berguna kepada negara, bangsa dan agama dari kaca mata seorang yang bergelar pendidik. Pendidik yang saya maksudkan di sini ialah seorang guru iaitu ejen keberkesan pendidikan dan pembinaan generasi masa hadapan.

Untuk menjadi seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan saya menpunyai falsafah diri untuk menjadi seorang bakal pendidik yang boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat,agama,bangsa dan negara. Jika kita lihat, bidang perguruan merupakan satu bidang yang sangat penting kepada negara kita kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar, menanda buku dan pulang ke rumah. Seorang guru itu mempunyai peranan yang penting untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik akal budi seseorang pelajar. Oleh itu, saya terpanggil untuk menyelami tugas seorang guru.

Pawana globalisasi yang kencang di alaf ini manambah lagi semangat saya untuk bergelar seorang guru dan saya melihat bidang perguruan sebagai satu cabaran yang getir dimana saya mendukung sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan. Saya percaya cabaran yang saya hadapi akan terbayar apabila ilmu yang saya ajarkan sampai dihati anak-anak didik. Seperti yang kita tahu ibubapa mengasuh kita sejak dilahirkan akan tetapi guru mendidik jiwa pelajar.

Selain itu, saya juga melihat peranan seorang guru dari aspek berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya merasakan ilmu yang saya miliki tidak lengkap jika saya tidak berkongsi dengan orang lain iatu anak-anak didik. Pengalaman-pengalaman pahit dan manis juga dapat dikongsi sepanjang berjuang untuk menggapai cita-cita sekaligus dapat menjana pendidikan bermutu untuk mengukuhkan jati diri remaja itu sendiri.

Konklusinya di sini, untuk bergelar seorang pendidik sebenarnya tidak mengharapkan sebarang balasan, pujian atau penghormatan masyarakat akan tetapi saya ingin menjadi seseorang yang tegar dan tabah penuh kesabaran sebagai seorang yang mempunyai tugas berat untuk bergelar seorang guru bertaraf dunia. Oleh yang demikian saya memilih untuk bergelar seorang pendidik. Insyaallah.

Hari ni mau ajar apa ya???hihihi.....


Tu tandanya tengah sterss akibat lukisan xsiap dan terpaksa berkampung di main library, ni kisah sem lepas, sudah berakhir kepeningan itu.

Ok fine ni nk mengajar ke nk posing....ayaaaakkkkk!!!

4 comments:

silent reader said...

thanx utk jwpan yg diberikan.mmg bernas jwpn seorg cikgu.sekurg2nya soklan sy mgkn memberi idea kpd awk utk membuat post baru..hihi.thanx a lot cikgu juju

Juju Kasih Umairah said...

hehehe thanks to u silent reader...urmm 2 la dah ade idea wat post baru...urmmm thanks for ur support... =)

silent reader said...

ok..that's mean i'm waiting for ur new post..:)

Juju Kasih Umairah said...

hehehe..thanks to u..urmmm around this week im busy wif one activitie...i hope u can wait for this... =)

Post a Comment