PSM oh PSM

Monday, January 24, 2011

ai..ai...

Urmmmmmm tarik nafas panjang-panjang dulu...fuh!!!! akhirnya penantian selama hampir 4 minggu membuah hasil. Thanks to all yang tidak putus-putus memberi kata semangat, expecially to someone yang sangat bermakna dalam hati ni..

ALHAMDULLILAH, AKHIRNYA TAJUK PSM JUJU LULUS JUGA...... MEH SINI SMUA JUJU NK TIOM-TIOM MEH...UMMMAAAHHH, UMMMMAAAHHH....NK PELUK2 MEH...~

MODE: HAPPY KUASA KUDA~



P/S: baru balik dr kls En. GHazzally, xsangka pendekatan pengajaran yang en. wat ari ni sejibik gile dengan tajuk psm juju...TERUJA KEJAP...!~THANKS TO EN. GHAZZALY JG, KLS ARI NI 3JAM XNGNTUK LANGSUNG.....YEAAAHHHH~

Ni pic dak juju yang poyos......

MISI

Wednesday, January 12, 2011


MISI UTK HARI RABU...

dah masuk hari khamis dah pon, alhamdulillah dapat selesaikan apa yang dirancang. Kalau boleh tidak mahu kerja bertangguh. Sem ni bakal sibuk bagai cipan tonggek, kepada org kesayangan jgnlah berfikir bukan2 ye. Juju tetap ada di bumi Johor ni demi satu tanggungjawab bergelar mahasiswi.

selingan..................

pg td kelas Pengurusan Koko, Group juju dapat tugasan Kumpulan untuk Unit Beruniform. Sebenarnya dari last week lagi, tp minggu ni baru juju dapat berjumpa dengan ahli group juju. Ape2 pun nantikan program kami.........




da abes.......

PHOTO TALK

Monday, January 10, 2011

salam to all...
ehem,...ehem,...ehem....

Sakit tekat vs batuk2 la pula. Sebenarnya kegedikan melanda disebabkan baru sahaja memulakan kuliah sejak seminggu yang lalu. Mulalah pening2 kepala, tidak sihat badan, rindu pada keluarga, urmmm kesimpulannya secara ringkas juju sedang 'homesick'.

Genap seminggu menjalani kuliah di bumi Johor, tidak dapat menarik nafas lega kerana telah dibanjiri dengan tugasan-tugasan, projek-projek dan yang paling penting bakal bergelar pelajar projek sarjana muda 1. Jadi nafas tersekat-sekat bila memikirkan hampir ke semua subjek memerlukan projek, ini yang membuatkan kepalaku pusing deh!!! lagi satu tajuk PSM tidak approve2 . Juju pun tidak tau apa yang PM DR. Wan Norazlinda nak. Please DR. approvela tajuk juju ni. Dah research dah macam yang prof suruh. pleaseeeeeeeeeeeeeeeee...!!!!!!

Berbalik kepada 'PHOTO TALK', sebenarnya merupakan tugasan pertama subjek Perkembangan PTV. Tidak sangka lecturer akan bagi tajuk tugasan macam ni. dah rupa pelajar multimediala pula. hehehe tp juju suke tangkap2 gambar ni. tp bab nak analisis memang punyala payah.

Dan ni la hasilnya karangan tidak rasmi juju, buat ayat sendiri saja. Kalalu cikgu Bm baca kompem dapat C. Aduh, kenapala makin dewasa ni makin tidak dapat menghasilkan karangan yang berkualiti. Kepada En. Ghazzally spahat, ni yang termampu juju buat. hehehehehe...

PHOTO TALK


Negara kita pada zaman ini telah dibarahi dengan ledakan kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat. Sebagai rakyat dan seorang yang bergelar mahasiswa yang penuh dengan rasa tanggungjawab mestilah hidup seiring dengan kemajuan teknologi ini. Akan tetapi, jika dilihat pada persekitaran terutamanya di kawasan pengajian masih terdapat perkara-perkara yang tidak melambangkan kemajuan sains,teknologi dan melambangkan tempat perkongsian ilmu.

Masyarakat perlu berganding bahu merealisasikan harapan negara untuk melihat anak watannya menjadi tunggak kemajuan negara serta dapat menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. Dengan ini, perkara-perkara yang dilihat tidak melambangkan kemajuan sains dan teknologi mahupun tempat perkongsian ilmu perlu dihapuskan. Ini kerana masyarakat khususnya mahasiswa adalah golongan yang dilihat sangat mempengaruhi golong masyarakat yang lain. Contoh yang paling dekat ialah penggunaan bonggol <-----(boleh ke perkataan ni..hahaha) yang terdapat di sepanjang perjalanan masuk ke tempat pengajian hanya mampu melabelkan tempat pengajian itu sebagai tidak berfungsi. Selain itu, terdapat 1001 arahan-arahan yang terdapat di tempat pengajian yang perlu diikuti oleh mahasiswa iaitu mereka yang berpendidikan juga dianggap tidak relevan.

Sehubungan dengan itu, pawana globalisasi yang kencang di alaf ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya golongan mahasiswa. Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau perguruan tinggi. Sepanjang sejarah, mahasiswa di berbagai tempat di dunia mempunyai peranan yang penting dalam sejarah suatu negara. Oleh yang demikian, perkara-perkara yang dianggap remeh berupa arahan tersebut tidak mencerminkan status sebagai golongan yang berpendidikan tinggi khususnya.

Sejauh mana perkara-perkara berupa arahan-arahan contohnya seperti gambar diatas dapat mempengaruhi sistem pendidikan dan sosial masyarakat di negara ini. Dari segi sistem pendidikan, jika kita lihat sejarahnya ianya diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Akan tetapi, jika kita lihat pada dasarnya perkara-perkara tersebut menunjukan betapa lemahnya pengaruh pendidikan kerana masih disogokan dengan perkara-perkara dan arahan-arahan yang remeh.

Impak yang paling ketara iaitu sejauh mana perkara-perkara remeh ini mempengaruhi sosial masyarakat dapat dilihat, masyarakat di pengajian tinggi khususnya golongan ini tidak memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Ini kerana mereka menggunakan arahan-arahan dan bukannya berinteraksi antara satu dengan yang lain. Golongan ini perlu memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi dan disini dapat dilihat pergaulan dan percampuran masyarakat tersebut seterusnya dapat menghapuskan budaya arahan-arahan yang tidak mencerminkan golongan berpendidikan tinggi.

Konklusinya, sebagai seorang mahasiswa atau seorang yang bergelar golongan berpendidikan tinggi, jangan melihat kebaikan dan keburukan. Namun, lihatla dari aspek keintelektualan dan perkara tersebut perlu penilaian ke semua pihak supaya kita golongan berpendidikan tinggi mempunyai sebuah tempat pengajian yang berfungsi.

ok bye....

KELAS HARI INI.....

Wednesday, January 5, 2011


Salam to all..

Hari ni hari kedua kuliah, takla penat mcm semalam, tp penat menunggu lecturer. Tapi kami semua leh tercongok dpn fakulti tunggu jg lect abes meeting. Kalau ikut ISO mungkin boleh balik dan landing atas katil sudah. Biasala, bila dah bergelar senior masing2 pon dah matang, sudah tidak ingat katil di kolej, sudah tidak ingat fb (tipula ni), padahal dalam kls sibuk fikir nk update status ape..hekhekhek <------gelak paling jahat.


tadi kelas Microteaching iaitu dalam bahasa malayunya pengajaran mikro. Actually juju pon belum tau ape itu mikroteaching secara mendalamnya. Cuma apa yg diingat tentang kls td hanyala kelaparan tahap cipan, then cite pasal panadol dan juga bola bentuk bulat. Semua 2 ada kaitan dengan mikroteaching.


apa yang penting nak bagitau, kwn2 sila sediakan satu topik untuk kite presentkn lagi 2minggu, dan tidak lupa jg sediakan set induksi. urmmmmm mn nk cr ni...ade sape2 ade idea x...???


Tujuan utama update blog hari ni sbnrnya nk tnjukan betape juju berpakaian formal gle...mcm xsangka je. Kwn2 satu kls yg tak pernah makeup smua nmpak lawa2..












p/s: gmbr msti banyak..dah edit kn rugi klu xup smua..sowi la pic biase2 je..guna webcam camere je..kamera xbw dtg cni..nangis 24jam...
p/s: sila abaikan mate yg mcm panda 2...!!!!!!!!!

ON YOUR ENGAGEMENT

Tuesday, January 4, 2011

ehem, ehem, ehem hai, hai......

CONGRATE TO MY BELOVED FREN

MASLINDA ZULKEFLY DAN MUHAMMAD ALIFF ANSORI

telah selamat bertunang dgn rasminya pada 20 Desember 2010, sowila linda lambat sgt update sbb xde internet satu hal. Berkampung kat terengganu lagi satu hal..

ape2 pun TERENGGANU AWESOME!!!!!!!

akan merindui nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak lauk ikan, nasi kerabu. Ni semua breakfast kami time kat marang, terengganu iaitu rumah linda la.

paling best dapat makan budu. Hari2 pula 2 kn. akan merindui hari hujan 7hari kat sna, akan merindui kerepok lekor, akan merindui nasi air, akan merindui nasi pulut mkn dgn kelapa letak ikan kering... TERENGGANU MENCIPTA SERIBU SATU KENANGAN...

Urmmmm ni nak cite linda tunang ke nk cite holiday juju g ganu...mix je la smua boleh kn...hahahha

amek ko kuliah baru start sehari rajin la update blog 2x sehari. Try tgk 2minggu kuliah apa pon xde...juju, juju,...

jom kte usha gambar-gambar linda n alif...

dan juju anda di lantik menjadi photographer.... urmmm linda ni bg tugas berat pula..klu xcantik 2 im sowi linda...

here we go.......






















fuh...letih x letih tgk pic linda yg banyak ni...actually pic berbakul2 lg..yg blum edit pon still pending lg pon ade...ape2 pon smoga linda berpuas hati dgn smua pic2 yg ju tangkap n edit....

lastly,

selamat bertunang linda....

p/s: nk tunang gak..sape nk..angkat tangan......!!!!!







SELAMAT DATANG TAHUN3 SEM2

Monday, January 3, 2011

ehem,ehem,ehem...............


Hari ni 3 Januari 2011, bermulanya tahun3 sem2. Yeahhh rase tak sabar sgt nak abes sem ni. Tadi dah start kelas, dah ade present dan xsimen.






Harapan menggunung untuk sem ni semoga berlalu dgn tenang, doa2 mcm 2, harap mcm 2.....



result sem lepas, usah ditanya.. walaupun juju bukan senarai pelajar 1st class tp cukup untuk membanggakan ibu dan ayah....hahahaha~









to all fren seksyen 3 , 2 n matrik, wish all da best for da sem....ummmmmaaahhhhh luv all of u~





ni jadual sem ni punya la padat TAHAP CIPAN TONGGEK, juju pon bakal tertonggek tgk jadual ni.....





da last 1, doakn juju ya.....





align="center">mcm xlengkap je kn tnpa gambar...urmmm pic time majlis ptunangan linda kat terengganu....